Penerangan
PROGRAM SANITASI PEJABAT JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI PERLIS
Tarikh : 8 Disember 2021.
Masa : 1.00 petang
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Perlis akan menjalankan kerja-kerja sanitasi di keseluruhan ruang pejabat Jabatan Alam Sekitar Negeri Perlis. Ini adalah usaha dalam mencegah penyebaran jangkitan virus Covid-19 dan memutuskan rantaian Covid -19 bagi keselamatan dan kesihatan kakitangan JAS Negeri Perlis serta semua pihak yang berurusan di JAS Perlis.
Untuk makluman, Jabatan Alam Sekitar Negeri Perlis akan ditutup buat sementara pada 8 Disember 2021 bagi tujuan kerja-kerja sanitasi dan akan beroperasi semula pada 9 Disember 2021.
#KementerianAlamSekitarDanAir
#jabatanalamsekitar
#JASPerlis
#alamsekitartanggungjawabbersama