Penerangan
Kuala Terengganu, 8 Disember 2021. Hari ini Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Bil. 4/2021 secara maya.
Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YBrs. Encik Ramli bin Abd.Rahman, Pengarah JAS Terengganu. Hadir sama Timbalan Pengarah, Encik Zakaria bin Ahmad @ Mohd, Ketua Penolong pengarah, Encik Mohd Norli bin Abdullah dan ahli-ahli Jawatankuasa tetap yang telah dilantik.
Mesyuarat diadakan bagi membincangkan isu-isu berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di JAS Negeri Terengganu dan JAS Cawangan Kemaman.