Penerangan
Tarikh : 4 Disember 2021
Lokasi : Sepang,
Pegawai Penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Cawangan Sepang telah menjalankan rondaan dan siasatan aduan di sekitar kawasan Bandar Salak Tinggi, Jenderam Hilir, Dengkil dan Kota Warisan. Hasil siasatan mendapati tiada aktiviti pencemaran oleh kilang-kilang di kawasan rondaan.
Siasatan aduan pembakaran terbuka telah dijalankan di Kampung Sg. Merab dan di B13 Jalan Jenderam. Hasil siasatan mendapati terdapat kesan pembakaran terbuka di kawasan yang diadu. Kain rentang larangan pembakaran terbuka telah dipasang sebagai peringatan dan tujuan kesedaran kepada masyarakat.. Pemantauan dari masa ke semasa akan dijalankan oleh JAS Cawangan Sepang.