Penerangan
Tarikh : 5 Disember 2021
Lokasi : kawasan industri dan komersial di Kawasan Klang Selatan
Pegawai Penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor telah menjalankan rondaan dan siasatan aduan di kawasan industri dan komersial di Kawasan Klang Selatan meliputi Klang Jaya, Pandamaran Jaya dan Pandamaran. Hasil siasatan mendapati tiada aktiviti pencemaran oleh kilang-kilang yang beroperasi dan aktiviti pembakaran terbuka di kawasan rondaan.