Penerangan
1 Disember 2021, Gua Musang - Bahagian Penilaian, Ibu Pejabat Jabatan Alam Sekitar bersama Jabatan Alam Sekitar Cawangan Gua Musang telah mengadakan Pemeriksaan Tapak serta Mesyuarat Penyelarasan bagi langkah mitigasi LDP2M2.Lawatan tersebut diketuai oleh Pengarah Penilaian, Puan Rohimah Binti Ayub dan pegawai - pegawai proses penilaian dari Ibu Pejabat Jabatan Alam Sekitar, Encik Rohimi Bin Harun, Puan Noor Shuhada Binti Mohamad Zaki dan Puan Noor Farhanah Binti Zainon. Hadir sama Ketua Cawangan Jabatan Alam Sekitar Cawangan Gua Musang, Kelantan, Encik Zaharizam Bin Johny .Objektif utama adalah bagi pemeriksaan tapak dan membincangkan dengan lebih jelas mengenai isu-isu berbangkit berkaitan kerja-kerja tanah bagi aktiviti perlombongan dalam mengawal pencemaran alam sekitar.