Penerangan
02 DISEMBER, PADANG TEMBAK, KOTA BHARU -
Dua orang Pegawai Jabatan Alam Sekitar Negeri Kelantan menjalankan rutin setiap hari Khamis untuk menjalankan tugasan di Puspakom Padang Tembak, Kota Bharu bagi memantau semua kenderaan berenjin diesel yang telah menerima Kompaun dibawah Per. 11 (1), Peraturan- Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Diesel) 1996 atau Notis Arahan dibawah Seksyen 48A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 bagi ujian pelepasan asap kenderaan sebagaimana arahan yang telah ditetapkan.