Penerangan
Kuala Terengganu, 7 Disember 2021. Hari ini Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Mahkamah Bil. 8/2021 secara maya.
Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YBrs. Encik Ramli bin Abd.Rahman, Pengarah JAS Terengganu. Hadir sama Timbalan Pengarah, Encik Zakaria bin Ahmad @ Mohd, Ketua Penolong pengarah, Encik Mohd Norli bin Abdullah dan ahli-ahli Jawatankuasa tetap yang telah dilantik.
Pegawai pendakwa, Jabatan alam Sekitar Negeri Terengganu, Encik Muhammad Zamil bin Yusof telah membentangkan laporan status tindakan kes-kes mahkamah, Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu.
Mesyuarat ini juga turut membincangkan isu-isu berkaitan tindakan susulan penguatkuasaan ke atas premis-premis yang tertakluk di bawah bidang kuasa JAS dan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.