PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Kesedaran JAS

Program "1 RAS 1 POKOK" Dan Program Denai Sungai Kebangsaan Di Mangrove Rehabilitation, Batu 1, Jalan Kuala Baram, Miri, Sarawak

DOE Sarawak 08/12/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
Program "1 RAS 1 POKOK" Dan Program Denai Sungai Kebangsaan Di Mangrove Rehabilitation, Batu 1, Jalan Kuala Baram, Miri, Sarawak
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
08/12/2021
Organisasi
DOE Sarawak
Lokasi
Sarawak

Penerangan

3 Disember 2021, Miri : Jabatan Alam Sekitar (JAS) Cawangan Miri dengan kerjasama Lembaga Sumber Asli Dan Alam Sekitar Sarawak (NREB), Petronas Carigali Sdn. Bhd. (Sarawak Asset) dan Sustainable Development Goals (SDG), Majlis Bandaraya Miri (MBM) telah berjaya menganjurkan Program ’1 RAS 1 POKOK’ Dan Program Denai Sungai Kebangsaan di Mangrove Rehabilitation, Batu 1, Jalan Kuala Baram. Miri, Sarawak.

Objektif penganjuran Program ’1 RAS 1 POKOK’ dan Program Denai Sungai Kebangsaan adalah untuk menyokong kempen penanaman 100 juta pokok dari tahun 2021 hingga 2025, meningkatkan kesedaran awam mengenai kepentingan penjagaan alam sekitar disamping memastikan kelestarian sungai terus terpelihara.

Pengisian program ini adalah menanam biji benih dan anak pokok bakau serta aktiviti bergotong-royong mengutip sampah di sekitar kawasan sungai di Mangrove Rehabilitation, Batu 1, Jalan Kuala Baram, Miri.

Seramai 30 orang peserta telah terlibat menjayakan program ini yang terdiri daripada kakitangan JAS, NREB, MBM dan Petronas dengan penganjuran program. Sebanyak 120 biji benih dan 30 anak pokok bakau telah berjaya ditanam. Manakala 60 kg sampah telah dikutip pada program kali ini.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan