Penerangan
PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR JAS WP LABUAN KE JAS CAWANGAN SIPITANG & TATACARA PERSAMPELAN EFLUEN KILANG KELAPA SAWIT
Tarikh: 6 Disember 2021
Masa: 9:00 pagi - 2:00 petang.
RINGKASAN PROGRAM:
Lawatan ini terbahagi kepada 2 iaitu lawatan di pejabat baru JAS Caw.Sipitang dan lawatan pembelajaran ke KKS Beaufort.
DI PEJABAT JAS SIPITANG
1. Program Lawatan Sambil Belajar JAS WP Labuan diketuai oleh Pengarah JAS Labuan En.Amir Hamzah Bin Haji Musa berserta En. Mohammad Man Sah Bin Azman (PPK), Cik Olivia Johnye (PJ), En. Muhammad Nadzmi Bin Zamri (Pegawai Sumber Maklumat (MySTEP) dan Cik Cornelia Paul (pelajar latihan industri)
2. Taklimat mengenai latar belakang dan operasi JAS Caw. Sipitang disampaikan oleh Ketua Cawangan, En.Tuan Jikula Mongijal.
3. Tinjauan ke sekitar pejabat baru JAS Sipitang / Beaufort.
Di KKS BEAUFORT:
4. Sesi taklimat keselamatan oleh OYB premis.
5. Penerangan berkaitan Sistem Pengolahan Efluen di premis oleh Penolong Pengurus Premis.
6. Demonstrasi tatacara persampelan rasmi, pengawetan dan pengendalian sampel rasmi efluen kilang kelapa sawit oleh PJ Mohd Khairul Azhar.
7. Perbincangan halatuju industri sawit Malaysia dan ucapan penutup.
Program berakhir pada jam 2:00 petang.