PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan|Aktiviti & Bengkel>Sesi Libat Urus

PENGUATKUASAAN BERSEPADU BERSAMA JABATAN PERHUTANAN NEGERI KELANTAN

DOE Kelantan 08/12/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PENGUATKUASAAN BERSEPADU BERSAMA JABATAN PERHUTANAN NEGERI KELANTAN
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
08/12/2021
Organisasi
DOE Kelantan
Lokasi
Jabatan Alam Sekitar Negeri Kelantan>kelantan

Penerangan

06 DISEMBER 2021, GUA MUSANG – Satu penguatkuasaan bersepadu di kawasan perlombongan Daerah Gua Musang telah diadakan dan diketuai oleh Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan bersama penguatkuasa daripada Jabatan Alam Sekitar Cawangan Gua Musang yang diwakili oleh Ketua Cawangan Jabatan Alam Sekitar Gua Musang, Encik Zaharizam Bin Johny serta pegawai penguatkuasa, Encik Tengku Mohamad Bin Haris dan Encik Azman Bin Ali. Diingatkan semua pihak agar tidak melakukan sebarang pencemaran dan sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan termasuklah di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit. Tindakan tegas akan diambil sekiranya terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab dalam melakukan jenayah alam sekitar dan tidak mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya. Orang ramai boleh membuat sebarang aduan berkaitan kes-kes pencemaran alam sekitar di talian bebas tol 1-800-88-2727, email ke [email protected] atau ke portal aduan https://[email protected]. #KementerianAlamSekitarDanAir #jabatanalamsekitarnegerikelantan #jabatanAlamSekitar #alamsekitartanggungjawabbersama

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan