PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Mesyuarat

MESYUARAT PROGRAM SEKOLAH LESTARI-ANUGERAH ALAM SEKITAR (SLAAS) PERINGKAT NEGERI TERENGGANU 2021-JAS TERENGGANU

DOE Terengganu 06/12/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
MESYUARAT PROGRAM SEKOLAH LESTARI-ANUGERAH ALAM SEKITAR (SLAAS) PERINGKAT NEGERI TERENGGANU 2021-JAS TERENGGANU
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
06/12/2021
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

Kuala Terengganu, 6 Disember 2021. Hari ini , Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu telah mengadakan Mesyuarat Pelaksanaan Program Sekolah Lestari-Anugerah Alam Sekitar (SLAAS), Peringkat Negeri Terengganu.Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh oleh YBrs. Encik Ramli bin Abd Rahman, Pengarah Jabatan Alam sekitar Negeri Terengganu.  Hadir sama Timbalan Pengarah, Encik Zakaria bin Ahmad @ Mohd dan Ketua Penolong Pengarah, Encik Mohd Norli bin Abdullah. Penolong Pegawai Kawalan Tertinggi, Puan Zaleha binti Abdullah yang juga merupakan Ketua Unit Kesedaran dan Pendidikan Alam Sekitar,  telah membentangkan status pelaksanaan program ini.Program SLAAS ini telah mendapat kerjasama daripada Jabatan pendidikan Negeri Terengganu. Penganugerahan SLAAS merupakan satu pengiktirafan kepada pihak sekolah yang telah memberi kerjasama dalam mewujudkan sekolah lestari. Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar berkonsepkan pembelajaran untuk memahami interaksi manusia dengan alam sekitar dan bagaimana alam sekitar diuruskan dengan bijaksana dan bertanggungjawab ke arah kelestarian hidupan di bumi.  Proses ini melibatkan pendidikan tentang alam sekitar, melalui alam sekitar dan untuk alam sekitar.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan