Penerangan
Kuala Terengganu, 4 Disember 2021. Hari ini pegawai penguatkuasa terus menjalankan tugas, meronda dan memantau pencemaran pada cuti hujung minggu ke atas punca-punca yang tertakluk di bawah bidang kuasa dan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
Rondaan dan pemantauan ini melibatkan sekitar Kuala Terengganu, Bukit Payong, Kawasan Perindustrian Ajil, Kuala Berang, Bukit Kapah, Kuala Ping, Matang, Kuala Telemong dan Manir. tiada Pembakaran terbuka dikesan sepanjang rondaan dijalankan.
Rondaan dan pemantauan ini dibuat di kawasan penempatan industri, kawasan kampung dan taman-taman perumahan . Tiada aktiviti yang mencurigakan dan abnormal ditemui pada sepanjang jajaran jalanraya utama yang menghubungkan kawasan-kawasan berkenaan.