PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

RONDAAN DAN PEMANTAUAN  PENCEMARAN PADA CUTI HUJUNG MINGGU OLEH JAS TERENGGANU-JAS TERENGGANU

DOE Terengganu 06/12/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
RONDAAN DAN PEMANTAUAN  PENCEMARAN PADA CUTI HUJUNG MINGGU OLEH JAS TERENGGANU-JAS TERENGGANU
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
03/12/2021
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

Kuala Terengganu, 3 Disember 2021. Hari ini pegawai penguatkuasa terus komited menjalankan rondaan dan memantau pencemaran meskipun pada cuti hujung minggu demi memastikan punca-punca yang tertakluk di bawah bidang kuasa dan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974  tidak menimbulkan kacau ganggu kepada persekitaran dan orang awam. Rondaan dan pemantauan ini melibatkan daerah Kuala Terengganu, Marang dan Dungun. Tiada pembakaran terbuka dikesan sepanjang rondaan dan pemantauan ini. Walau bagaimanapun terdapat longgokan sisa pembersihan tanah telah dijumpai yang berpotensi pembakaran terbuka berlaku. Banner larangan pembakaran terbuka telah dipasang di lokasi berkenaan sebagai usaha pencegahan dalam menangani aktiviti ini diteruskan. Pemantauan di persisir pantai di Paka, daerah Dungun tidak menemui bebola tar (tar ball) yang menjadi punca pencemaran di pantai-pantai di negeri ini. Pemantauan di Kawasan Perindustrian Cacar, Paka juga mendapati tiada sebarang aktiviti abnormal dan mencurigakan ditemui  sepanjang pemantauan dijalankan.      

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan