Penerangan
Kuala Terengganu, 1 Disember 2021. Hari ini , Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu telah mengadakan Mesyuarat Penyelarasan Projek Infrastruktur Bagi Mencegah Kebakaran dan Pengurusan Tanah Gambut Yang Sering Terbakar Di Negeri Terengganu Bil. 4/2021.
Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh oleh YBrs. Encik Ramli bin Abd Rahman, Pengarah Jabatan Alam sekitar Negeri Terengganu. Hadir sama Timbalan Pengarah, Encik Zakaria bin Ahmad @ Mohd dan Timbalan Ketua Cawangan Kemaman, Puan Zuraini binti Mohd Sinin.
Penolong Pengarah Kanan Encik Amri bin Yusof, yang juga merupakan Ketua Unit Aduan Dan Kontigensi, telah menyelaras mesyuarat dan pembentangan oleh setiap pelaksana projek bagi mendapatkan status projek infrastruktur dan pengurusan tanah gambut di negeri ini.
Selain itu, Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Terengganu dan Daerah, Jabatan Mineral dan Geosains Negeri Terengganu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Terengganu Pejabat Tanah dan Daerah turut hadir secara atas talian untuk sama-sama memberi input dalam menyelesaikan isu-isu berbangkit. Pejabat Meteorologi Terengganu turut dijemput dan telah membentangkan keadaan cuaca semasa dan tinjauan cuaca.