Penerangan
Kuala Terengganu, 16 November 2021. Hari ini , Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu telah mengadakan libat urus bersama sebuah kilang Kelapa Sawit di Setiu bagi membincangkan isu berkaitan dengan pematuhan syarat lesen susulan kepada penggantungan lesen ke atas premis tersebut.
Sesi libat urus ini telah dipengerusikan oleh YBrs. Encik Ramli bin Abd Rahman, Pengarah Jabatan Alam sekitar Negeri Terengganu. Hadir sama Timbalan Pengarah, Encik Zakaria bin Ahmad @ Mohd.
Sesi ini turut dihadiri oleh pegawai-pegawai penguatkuasa yang memantau pematuhan premis ini.
Pihak kilang telah membentangkan tindakan-tindakan pembetulan dan penambahbaikan yang telah dilaksanakan. Tuan Pengarah memberi peringatan agar pihak premis sentiasa memantau prestasi sistem kawalan pencemaran supaya ia sentiasa berfungsi secara optimum. Ini penting bagi memastikan operasi kilang tidak menjejaskan kualiti alam sekitar.