Penerangan
Kuala Terengganu, 18 Niovember 2021. Hari ini, Khamis, Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu telah mengadakan Majlis Bacaan Yaasin bersama-sama Tuan Pengarah dan semua kakitangan JAS.
Majlis ini diadakan pada setiap hari Khamis atas komitmen berterusan Tuan Pengarah JAS Terengganu, YBrs Encik Ramli bin Abd. Rahman dalam mengekalkan dan memelihara ukhuwah di kalangan warga JAS Terengganu.
Majlis ini juga disusuli dengan amanat Tuan Pengarah yang mengingatkan seluruh warga JAS Terengganu agar terus mengamalkan SOP bagi mencegah penularan Covid-19.