Penerangan
Kuala Terengganu, 21 November 2021. Hari ini pegawai penguatkuasa telah menjalankan rondaan dan siasatan pembakaran terbuka di sekitar Kuala Ibai, daerah Kuala Terengganu.
Hasil rondaan ini, beberapa kesan pembakaran terbuka berskala kecil yang dilakukan oleh penduduk kampung telah ditemui. Susulan itu notis telah diserahkan kepada penduduk yang terlibat supaya aktiviti ini dihentikan serta merta.
JAS Terengganu akan terus menjalankan rondaan dan pemantauan di kawasan ini bagi memastikan penduduk terlibat tidak mengulangi aktiviti pembakaran terbuka ini sekaligus ianya juga dapat menyelesaikan aduan berulang.