Penerangan
Kuala Terengganu, 20 November 2021. Hari ini pegawai penguatkuasa telah menjalankan operasi mencegah pembakaran terbuka dan memantau pencemaran ke atas punca-punca yang tertakluk di bawah bidang kuasa dan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.Operasi bermula di daerah Kuala Terengganu yang melibatkan Chendering, Kuala Ibai, Kampung Laut, Wakaf Mempelam, Ladang, Batu Enam, Manir, Durian Burung dan sekitar bandar Kuala Terengganu dan berakhir di daerah Kuala Nerus yang melibatkan kawasan perindustrian Gong Badak dan sekitar Kg. Seberang Takir.
Kawasan operasi ini terdiri daripada penempatan premis industri, kawasan perkampungan dan taman-taman perumahan. Tiada aktiviti pembakaran terbuka dikesan dan tiada sebarang aktiviti abnormal dan mencurigakan ditemui sepanjang rondaan dan pemantauan dijalankan.