Penerangan
Kuala Terengganu, 27 November 2021. Hari ini, Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu terus komited menjalankan rondaan dan pemantauan bagi mencegah pembakaran terbuka dan memantau pencemaran ke atas punca-punca yang tertakluk di bawah bidang kuasa dan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
Rondaan di sekitar Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Telaga Papan, Saujana, Kawasan Perindustrian Gong Medan, Kampung Raja dan Permaisuri mendapati tiada pembakaran terbuka dikesan dan tiada kes-kes abnormal dan mencurigakan dikesan.
Rondaan dan pemantauan punca pencemaran ini bukan sahaja dibuat ke atas premis-premis industri, tetapi ianya melibatkan pemerhatian ke atas pelepasan bahan pencemar dari cerobong kilang dan juga pelepasan efluen terawat ke alur air dan lembangan sungai yang terlibat.