Penerangan
Kuala Terengganu, 19 November 2021. Hari ini pegawai penguatkuasa telah menjalankan operasi mencegah pembakaran terbuka dan memantau pencemaran ke atas punca-punca yang tertakluk di bawah bidang kuasa dan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
Operasi ini telah dijalankan di 3 daerah iaitu Kuala Terengganu, Marang dan Dungun. Ianya melibatkan penempatan premis industri, tapak pelupusan sampah dan kawasan perkampungan dan taman-taman perumahan. Tiada sebarang aktiviti abnormal dan mencurigakan sepanjang pemantauan dijalankan.
Selain itu juga pemantauan di kawasan gambut Rhu Batil, Rantau Abang didapati berkeadaan baik. Manakala tinjauan dan pemerhatian dii persisiran pantai Paka, mendapati tiada bebola tar dikesan.