PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

JAS TERENGGANU KONSISTEN MENJALANKAN OPERASI MENCEGAH PEMBAKARAN TERBUKA DAN MEMANTAU  PENCEMARAN-JAS TERENGGANU

DOE Terengganu 30/11/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
JAS TERENGGANU KONSISTEN MENJALANKAN OPERASI MENCEGAH PEMBAKARAN TERBUKA DAN MEMANTAU  PENCEMARAN-JAS TERENGGANU
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
30/11/2021
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

Kuala Terengganu, 13 November 2021. Hari ini pegawai penguatkuasa telah menjalankan operasi mencegah pembakaran terbuka dan memantau pencemaran ke atas punca-punca yang tertakluk di bawah bidang kuasa dan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Operasi ini telah dijalankan di Kg Kuala Ibai, Jalan Pasir Panjang, Kg Laut, di daerah Kuala Terengganu,  Rusila, Kijing, Rhu Muda, Kelulut, Jambu Bongkok, di daerah Marang dan Kuala Abang, Pantai Tañjung Jarà, Kuala Dungun, Kawasan Industri Cacar dan Paka, di daerah Dungun. Hasil operasi ini, 1 longgokan timbunan pokok daripada aktiviti pembersihan kawasan di Tanjung Jara, Dungun telah dapat dikesan. Banner Larangan pembakaran terbuka telah dipasang bagi mengingatkan penduduk sekitar dan pemilik tanah akan kesalahan dan tindakan undang-undang yang boleh dikenakan kepada individu yang telah melakukan pembakaran terbuka. Pemantauan ke atas premis telah dijalankan di Kawasan Perindustrian Cacar. Tiada sebarang aktiviti abnormal dan mencurigakan sepanjang pemantauan dijalankan. Selain itu , pemantauan di pantai Tanjung Jara juga turut dilakukan.  Hasil tinjauan dan pemerhatian mendapati tiada bebola tar dikesan di sepanjang kawasan persisiran pantai berkenaan.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan