Penerangan
Kuala Terengganu, 12 November 2021. Hari ini pegawai penguatkuasa telah menjalankan operasi mencegah pembakaran terbuka dan memantau pencemaran ke atas punca-punca yang tertakluk di bawah bidang kuasa dan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
Operasi ini telah dijalankan di daerah Kuala Terengganu, Kuala Nerus dan Setiu, yang melibatkan sekitar kawasan Pasir Panjang Kg Wakaf Tengah, Lembah Bidong, Pantai Penarik, Kg Bintang, Kg. Rahmat dan sepanjang jalan utama ke Kuala Terengganu. Tiada aktiviti pembakaran terbuka ditemui.
Walau bagaimanapun pemasangan banner larangan pembakaran terbuka telah dipasang di tempat-tempat yang berpotensi pembakaran terbuka dilakukan oleh orang awam.
Usaha ini juga sebagai langkah mencegah aktiviti tersebut diteruskan di mana ianya merupakan punca pencemaran udara yang pasti mengganggu kehidupan seharian masyarakat setempat.