PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

OPERASI MENCEGAH PEMBAKARAN TERBUKA DAN MEMANTAU PENCEMARAN-JAS TERENGGANU

DOE Terengganu 30/11/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
OPERASI MENCEGAH PEMBAKARAN TERBUKA DAN MEMANTAU PENCEMARAN-JAS TERENGGANU
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
30/11/2021
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

Kuala Terengganu, 6 November 2021. Hari ini pegawai penguatkuasa telah menjalankan operasi mencegah pembakaran terbuka dan memantau pencemaran ke atas punca-punca yang tertakluk di bawah bidang kuasa dan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.Operasi ini telah dijalankan di sekitar Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Telaga Papan, Jelapang, Pelong, Kuala Ping, Matang dan Manir. Hasil operasi ini didapati tiada pembakaran terbuka dikesan sepanjang rondaan dijalankan. Selain itu, siasatan ke atas aduan pembakaran terbuka di Kg Ladang Sihat, Kuala Terengganu turut dilakukan. Hasil siasatan mendapati aduan tersebut adalah berasas dengan penemuan beberapa kesan pembakaran di sekitar beberapa lokasi kediaman Universiti Sultan Zainal Abidin (uniSZA). Banner larangan pembakaran terbuka telah dipasang sebagai usaha mencegah aktiviti tersebut diteruskan.  Aduan pembakaran terbuka merupakan salah satu punca pencemaran udara, sekaligus boleh menyebabkan kacau ganggu kepada kehidupan seharian masyarakat di kawasan yang terlibat.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan