Penerangan
Kuala Terengganu, 13 November 2021 Hari ini Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu telah menghadiri Program Sentuhan Komuniti, Santuni Alam Sekitar anjuran Kementerian Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Terengganu. Selain Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu yang dipelawa untuk menjalankan program kerjasama ini, agnesi lain yang turut terlibat adalah Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, (MBKT) Cawangan Kuala Nerus.
Matlamat program ini dianjurkan adalah untuk memberi kesedaran kepenggunaan kepada masyarakat termasuklah kepentingan menjaga alam sekitar. Program ini telah mendapat sambutan dengan 100 peserta yang telah hadir, terdiri daripada semua lapisan masyarakat pelajar IPTA dan pelajar Institut Perguruan serta Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung yang mewakili komuniti setempat.