Penerangan
Kuala Terengganu, 11 November 2021. Hari ini Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu telah dijemput oleh WWF-Malaysia (Pengurusan Projek Konservasi Setiu) untuk menyampaikan ceramah bertajuk “ pengurusan E-Waste dan Larangan Pembakaran Terbuka”.Bengkel dan Latihan Jaguh 3R bersama Komuniti Setiu. ini telah diadakan di Pandan Laut Beach Resort, Setiu dengan jemputan dihadkan kepada hanya 15 orang yang terdiri daripada ketua-ketua komuniti di daerah setiu, bagi mematuhi SOP Pelan Pemulihan Negara Fasa 4 di Negeri Terengganu
Menurut pihak penganjur, pelaksanaan bengkel dan latihan ini adalah sebagai salah satu rangka kerja di bawah projek tajaan H&M iaitu ‘Pemuliharaan sumber dan ekosistem air tawar dengan pengurangan jejak sisa’.
Selain itu juga antara objektif utama bengkel dan latihan Jaguh 3R ini adalah membuat publisiti tentang program WWF-Malaysia yang berkonsepkan pengurusan sisa pepejal, mgenalpasti individu dan membentuk kumpulan sasaran dari kalangan komuniti setempat yang berpotensi untuk dilatih sebagai Jaguh 3R,
JAS Terengganu optimis dengan penglibatan dan kerjasama ini akan terus mengukuhkan usaha-usaha bersama rakan strategik dalam meningkatkan kesedaran dan pendidikan alam sekitar.