Penerangan
Kuala Terengganu, 8 November 2021. Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Terengganu dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) , daerah Marang telah menjalankan penguatkuasaan ke atas kenderaan berenjin diesel.Operasi ini telah dijalankan di KM 35, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan. dengan kekuatan anggota JAS seramai 4 orang dan anggota PDRM seramai 4 orang.Hasil operasi ini, pemerhatian pelepasan asap hitam ke atas 39 kenderaan diesel telah dilakukan. Manakala 2 kenderaan diesel telah dibuat pengujian meter . Tiada kompaun dan tiada notis arahan dikeluarkan kepada pemilik kenderaan di bawah Seksyen 48A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.