Penerangan
Kuala Terengganu, 9 November 2021. Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Terengganu dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) , daerah Hulu Terengganu telah menjalankan penguatkuasaan ke atas kenderaan berenjin diesel.Operasi ini telah dijalankan di KM 35, Jalan Kuala Berang, Hulu Terengganu dengan kekuatan anggota JAS seramai 4 orang dan anggota PDRM seramai 9 orang.Hasil operasi ini, pemerhatian pelepasan asap hitam ke atas 81 kenderaan diesel telah dilakukan manakala 2 kenderaan diesel telah dibuat pengujian meter. Tiada kompaun dan tiada notis arahan dikeluarkan kepada pemilik kenderaan di bawah Seksyen 48A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 kerana pelepasan asap mematuhi had yang ditetapkan.