Penerangan
29 November 2021 - Langkawi, Kedah
JAS Negeri Kedah telah menjalankan lawatan kerja ke Jabatan Laut Langkawi bagi melihat peralatan kawalan tumpahan minyak. Peralatan tersebut seperti boom, skimmer, dispersant serta pelbagai peralatan lain telah disimpan di Jabatan Laut, Langkawi dimana peralatan ini akan digunakan jika berlaku tumpahan minyak khasnya di Langkawi atau di kawasan zon utara.
Peralatan ini telah dijaga dan diselenggarakan dengan baik oleh Jabatan Laut yang akan menjadi teraju utama bagi aktiviti pembersihan minyak dilaut atau di perairan pantai di Kedah, Perlis dan Pulau Pinang. JAS Kedah juga sentiasa bekerjasama dengan pihak Jabatan Laut serta agensi-agensi yang berkaitan bagi menangani bencana tumpahan minyak.