PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Kesedaran JAS

PENANAMAN POKOK BAKAU  “1 RAS 1 POKOK” , SEMPENA PROGRAM PENGHIJAUAN MALAYSIA: KEMPEN 100 JUTA POKOK (2021-2025) ANJURAN JAS TERENGGANU-JAS TERENGGANU

DOE Terengganu 30/11/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PENANAMAN POKOK BAKAU  “1 RAS 1 POKOK” , SEMPENA PROGRAM PENGHIJAUAN MALAYSIA: KEMPEN 100 JUTA POKOK (2021-2025) ANJURAN JAS TERENGGANU-JAS TERENGGANU
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
30/11/2021
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

Kuala Terengganu, 2 November 2021- Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu dengan kerjasama Pusat Latihan Alam Sekitar, ecoCare , Kertih, Kemaman, Terengganu telah berjaya menganjurkan aktiviti penanaman pokok bakau berjumlah 100 pokok , bersempena program penghijauan Malaysia : Kempen 100 Juta Pokok (2021-2025).Program ini juga dianjurkan bersempena dengan Sambutan Hari Alam Sekitar Negara (HASN) 2021, Peringkat Negeri Terengganu, dengan tema “ Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama”.Program ini dimulakan dengan sesi tanam anak benih, pokok bakau, disusuli dengan aktiviti  menaiki bot ke lokasi tempat penanaman dan diakhiri dengan aktiviti tanam pokok bakau di kawasan muara Sungai Kertih.Encik Muhammad Yazid bin Deraman, pengurus pusat latihan ecoCare turut serta dalam program ini. Manakala Puan Zaleha binti Abdullah, Ketua Unit Kesedaran dan Pendidikan, mewakili JAS Negeri Terengganu.Program ini turut diserta oleh sukarelawan dan komuniti setempat yang terdiri daripada pelajar IPTA, Ahli Jawatankuasa Pembangunan Dan Keselamatan Kampung (JPKK), komuniti setempat dan Jabatan Bomba dan Penyelamat yang bertugas memantau keselamatan di sepanjang program dijalankan. Pelaksanaan program ini bertujuan meningkatkan kesedaran semua pihak mengenai pentingnya kawasan litupan hijau dan hutan untuk kesejahteraan dan kualiti hidup, selain usaha untuk menambahbaik ekosistem dan biodiversiti Negara.