PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel

Program Uji Cuba Prosedur Tetap Operasi (SOP) Melaksanakan Program Mencegah Kebakaran Tanah Gambut Untuk Mengatasi Jerebu Tahun 2021

DOE Sarawak 30/11/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
Program Uji Cuba Prosedur Tetap Operasi (SOP) Melaksanakan Program Mencegah Kebakaran Tanah Gambut Untuk Mengatasi Jerebu Tahun 2021
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
30/11/2021
Organisasi
DOE Sarawak
Lokasi
Sarawak

Penerangan

5 Oktober 2021-Miri, Program Uji Cuba Prosesur Tetap Operasi (SOP) Melaksanakan Program Mencegah Kebakaran Tanah Gambut Untuk Mengatasi Jerebu telah diadakan di Miri, Sarawak. Program uji cuba SOP ini telah dirasmikan oleh En. Hamzah bin Hj Mohamad, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Sarawak. Objektif utama program ini adalah untuk memastikan fisiliti mencegah kebakaran berada pada tahap baik dan meningkatkan kesiapsiagaan sekiranya berlaku kebakaran di tanah gambut. Pengujian dijalankan terhadap fasiliti sedia ada seperti telaga tiub (tube well) dan peralatan sokongan seperti pam dan genset , sekatan saliran (check dam) dan perparitan. Agensi yang terlibat di dalam ujicuba ini adalah JAS, JMG, JPS, JBPM, NREB.. Turut hadir adalah pegawai dari Pejabat Residen Miri, Majlis Bandaraya Miri, Ketua Polis Daerah Miri, JPAM, RELA, Jabatan Metereologi dan beberapa agensi lain yang berkaitan. Pegawai Majlis Bandaraya Miri telah menyampaikan taklimat berkenaan fasiliti Menara Tinjau, Jabatan Pengairan dan Saliran menerangkan fungsi check dam dan Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) Sarawak telah memberi taklimat berkaitan telaga tiub. Turut dijalankan adalah demonstrasi pengepaman air dari telaga tiub dan diikuti dengan demonstrasi pemadaman api oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Miri. Program ini turut menyaksikan demonstrasi penerbangan dron oleh Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar NREB Caw. Miri dan Jabatan Alam Sekitat Cawangan Miri. Program ini diteruskan dengan Mesyuarat Penyelarasan Pelaksanaan Program Pencegahan Kebakaran & Pengurusan Tanah Gambut Yang Sering Terbakar .Bil 2/2021 bertempat di Piasau Nature Park Reserve pada sebelah petangnya. Program ini telah dilaksanakan mengikut SOP yang telah digariskan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Sarawak Disaster Management Committee (SDMC).

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan