Penerangan
22 November 2021, BINTULU – Jabatan Alam Sekitar (JAS) Cawangan Bintulu telah menyertai satu program ‘Nurturing Nature” anjuran Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu iaitu program kolaborasi antara institusi pengajian tinggi awam dan agensi kerajaan. Objektif program ini diadakan untuk meningkatkan kesedaran awam mengenai kepentingan penjagaan alam sekitar disamping menghargai fungsi ekosistem hutan supaya terus dipelihara. Pengisian program tersebut adalah melibatkan aktiviti penanaman 400 anak pokok hutan seperti pokok berlian, engkabang dan pokok kapur di Hutan Nirwana, Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu selaras dengan kempen penanaman 100 Juta Pokok (2021-2025). Seramai 60 orang peserta telah terlibat menjayakan program ini terdiri daripada kakitangan dan pelajar UPM kampus Bintulu serta wakil dari pelbagai agensi kerajaan lain seperti Pejabat Residen Bahagian Bintulu, JAS Cawangan Bintulu, Natural Resources and Environment Board (NREB) Bahagian Bintulu, Jabatan Perhutanan Negeri Sarawak dan Bintulu Development Authority (BDA). Program ini telah dijalankan mengikut SOP yang telah digariskan oleh pihak KKM dan MKN.