Penerangan
Pada 24 November 2021 yang lepas, Jabatan Alam Sekitar (JAS) Ipoh telah melangsungkan aktiviti gotong-royong bertempat di Denai Sungai Kinta. Aktiviti ini melibatkan empat orang kakitangan JAS yang diketuai oleh Encik Harmanisham Bin Ishak dan lapan orang pelajar yang menjalani latihan industri di sini. Pembersihan sekitar Denai Sungai Kinta ini adalah untuk memupuk budaya menyayangi alam sekitar dan bersama-sama mengekalkan kebersihan dan kecantikan alam sekitar sedia ada.