27 November 2021, KANGAR – Pasukan pemantauan pencemaran Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Perlis telah menjalankan pemantauan secara berterusan bagi mencegah pencemaran terutamanya pembakaran terbuka.
Pemantauan difokuskan di kawasan yang berisiko berlakunya pembakaran terbuka yang boleh menimbulkan masalah kacau-ganggu kepada orang ramai.
Pasukan pemantau telah menemui aktiviti pembakaran terbuka. Siasatan dan tindakan dibuat di bawah Seksyen 29A Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, Larangan Keatas Pembakaran Terbuka.
Jabatan ini menyeru orang ramai supaya tampil membuat sebarang aduan berkaitan kes-kes pencemaran alam sekitar di talian bebas tol 1-800-88-2727, email ke
[email protected] atau ke portal aduan https://eaduan.doe.gov.my
#kementerianalamsekitardanair
#jabatanalamsekitar
#jasperlis
#alamsekitartanggungjawabbersama