PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

JAS TAIPING TURUN PADANG SIASAT ADUAN PENCEMARAN AIR BERSAMA MAJLIS DAERAH KERIAN

DOE Perak 30/11/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
JAS TAIPING TURUN PADANG SIASAT ADUAN PENCEMARAN AIR BERSAMA MAJLIS DAERAH KERIAN
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
30/11/2021
Organisasi
DOE Perak
Lokasi
Perak

Penerangan

16 November 2021, PARIT BUNTAR – Penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar Cawangan Taiping telah turun padang menyiasat aduan pencemaran air bersama Majlis Daerah Kerian ke atas sebuah premis industri di Parit Buntar. Turut hadir bersama adalah Ketua Cawangan JAS Taiping, Puan Syakirah Binti Hashim. Agensi lain yang hadir di dalam siasatan bersepadu ini termasuklah Jabatan Kerja Raya Kerian, Jabatan Pengairan dan Saliran Kerian serta Penghulu Mukim Parit Buntar, Encik Azlan Bin Che Lobe. Hasil siasatan ke atas premis mendapati JAS perlu mengambil tindakan perundangan di bawah Peraturan – Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Industri) 2009. Siasatan dijalankan mengikut SOP MKN dan KKM.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan