Penerangan
24 November 2021, IPOH - Susulan aduan bukit yang digondolkan di Sungai Siput (U), penguatkuasa JAS Perak telah menjalankan siasatan penguatkuasaan ke atas projek tersebut.
Hasil siasatan mendapati penggerak projek tidak mematuhi syarat kelulusan EIA yang membawa kepada tindakan perundangan di bawah Seksyen 34A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Pemaju projek telah diarahkan menjalankan kerja-kerja remedi dengan segera.
Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak mengingatkan bahawa semua penggerak projek perlu mematuhi semua syarat-syarat kelulusan EIA yang telah diberikan bagi mengelakkan tindakan perundangan dikenakan.