Penerangan
LIBAT URUS DENGAN PENDUDUK KAMPUNG DALAM MENANGANI ISU ADUAN
1/11/2021, Raub, Pahang- Satu sesi libat urus antara JAS Pahang bersama penduduk Kg. Kuala Semantan, Daerah Raub, Pahang telah diadakan susulan aduan berulang yang diterima oleh orang awam berkaitan Pembakaran Terbuka sisa-sisa kayu daripada aktiviti pembersihan tanah.
Sesi libat urus turut dihadiri oleh YB. Dato' Abd Aziz Bin Haji Mat Kiram, Pengerusi J/Kuasa Pembangunan Luar Bandar & Hal Ehwal Orang Asli, penghulu kampung dan wakil jawatankuasa penduduk kampung.
Penduduk kampung telah diberi penerangan dan pemahaman berkaitan perundangan Seksyen 29A, di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 oleh Tuan Pengarah JAS Pahang, Tn. Hj. Mohd Sani Bin Mat Daud bagi menangani isu aduan berulang ini.
#KementerianAlamSekitarDanAir
#jaspahang
#jabatanAlamSekitar
#01nov2021