Penerangan
PENGUATKUASAAN KE ATAS INDUSTRI BERDEKATAN SUNGAI BENTONG, PAHANG
26 Oktober 2021, Bentong, Pahang- Susulan aduan yang pencemaran sungai yang diterima melalui video yang dimuatnaik di Facebook oleh orang awam, kilang-kilang berdekatan telah diperiksa bagi memastikan pematuhan secara berterusan oleh pihak industri terhadap kehendak Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974.
Sampel efluen di takat pelepasan terakhir dari Sistem Pengolahan Efluen (SPE) kilang-kilang tersebut telah diambil dan dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia untuk dianalisa selanjutnya.
Pemantauan kualiti air sungai secara in situ dan pemantauan menggunakan Drone turut dijalankan oleh pasukan penyiasat JAS Pahang Caw. Temerloh di sekitar lokasi sungai berkenaan.
#KementerianAlamSekitarDanAir
#jaspahang
#jabatanAlamSekitar
#26okt2021