PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

ADUAN PELEPASAN CECAIR YG DIPERCAYAI MINYAK KE DALAM SUNGAI BENTONG, PAHANG.

DOE Pahang 26/11/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
ADUAN PELEPASAN CECAIR YG DIPERCAYAI MINYAK KE DALAM SUNGAI BENTONG, PAHANG.
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
26/11/2021
Organisasi
DOE Pahang

Penerangan

ADUAN PELEPASAN CECAIR YG DIPERCAYAI MINYAK KE DALAM SUNGAI BENTONG, PAHANG. 25 Oktober 2021, Bentong, Pahang- Sebaik sahaja menerima aduan melalui sebuah video berdurasi 38 saat yang dimuatnaik oleh orang awam di halaman Facebook, pasukan penyiasat JAS Pahang Caw. Temerloh terus menghubungi beliau untuk mendapatkan maklumat berkaitan lokasi kejadian tersebut. Pemeriksaan di lokasi kejadian mendapati keadaan air sungai agak tinggi, tiada kesan minyak dan tiada ikan mati ditemui di kawasan tersebut. Pelepasan air terawat dari dua kilang berdekatan terletak di bahagian bawah (downstream) lokasi kejadian. Pemantauan kualiti air sungai dan penerbangan dengan menggunakan dron akan dilaksanakan bagi mencari punca pelepasan tersebut. JAS Pahang komited dalam memastikan pematuhan secara berterusan oleh pihak industri ke atas semua peraturan yang terdapat di dalam Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. #KementerianAlamSekitarDanAir #jaspahang #jabatanAlamSekitar #26okt2021

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan