PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Mesyuarat

SESI LIBAT URUS HALA TUJU PEMATUHAN PERATURAN-PERATURAN KUALITI ALAM SEKELILING (UDARA BERSIH)

DOE Sabah 26/11/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
SESI LIBAT URUS HALA TUJU PEMATUHAN PERATURAN-PERATURAN KUALITI ALAM SEKELILING (UDARA BERSIH)
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
26/11/2021
Organisasi
DOE Sabah
Lokasi
Sabah>KOTA KINABALU

Penerangan

???*SESI LIBAT URUS HALA TUJU PEMATUHAN PERATURAN-PERATURAN KUALITI ALAM SEKELILING (UDARA BERSIH) * ?? Tarikh: 24 Novembee 2021 (Rabu) ? Masa: 9.30 pagi– 11.30 pagi ?? Tempat: Secara atas Talian (aplikasi Zoom Meeting( ???? Pengerusi : Ybrs Puan Siti Zaleha Ibrahim (Timbalan Ketua Pengarah Operasi) ?????????????? Kehadiran : Kilang Kelapa Sawit seluruh Malaysia (stakeholders) dan pegawai JAS Negeri Kehadiran JAS Sabah: 1. Tuan Pengarah, En. Amirul Aripin 2. PP (K) Aliudin Atat@Arsyid 3. PP (K) Siti Nor Aisah Razak 4. PP (K) Jikula Mongijal 5. PK(K) Mardianah Aliska ??? Agenda : 1. Ucapan aluan oleh TKPO 2. Pembentangan Hala Tuju PUB 2014 oleh Puan Mashitah Darus, Pengarah Bahagian Udara 3. Sesi Soal Jawab 4. Penutup ??Sesi libat urus ini diadakan bagi menerangkan halatuju PUB 2014 kepada pegawai-pegawai JAS dan KKS terutama berkaitan pematuhan nilai batas bagi pelepasan bahan pencemar di dalam PUB 2014. ??KKS yang masih belum dapat mematuhi nilai batas parameter Total Particulate Matter (TPM) masih dibenarkan memohon lesen pelanggaran (LP) sehingga tempoh 31 Disember 2021 walaupun grace period telah tamat pada Jun 2019. Selepas tempoh tersebut, KKS masih boleh dipertimbangkan untuk kelulusan LP melalui case by case basis sehingga 31 Disember 2022. ??Selepas 31 Disember 2022, LP akan dikenakan caj dan kaedah pengiraan adalah berdasarkan beban pencemaran dan parameter bahan pencemar. Caj ini telah dikaji melalui Kajian Penetapan Kadar Caj Alam Sekitar Lesen Pelanggaran Pengeluaran Bendasing Udara Di Bawah Seksyen 22(1) dan Peraturan 25, Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014 (PUB 2014), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (AKAS 1974) yang telah dijalankan oleh AGV Environment Sdn. Bhd., perunding yang dilantik oleh JAS. Selain itu, industri perlu melaksanakan offset programme (contoh: menanam pokok, CEPA,program pematuhan), pelan dan program Environmental, Social and Governance yang dipersetujui JAS. ??Puan TKPO menegaskan bahawa LP adalah tidak digalakkan dan menyeru semua industri agar dapat menyegerakan pemasangan peralatan kawalan pencemaran udara yang sesuai bagi mematuhi PUB 2014.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan