PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

SIASATAN ADUAN PEMBAKARAN TERBUKA OLEH JAS CAWANGAN SABAK BERNAM 20 NOVEMBER 2021

DOE Selangor 26/11/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
SIASATAN ADUAN PEMBAKARAN TERBUKA OLEH JAS CAWANGAN SABAK BERNAM 20 NOVEMBER 2021
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
26/11/2021
Organisasi
DOE Selangor

Penerangan

Tarikh : 20 November 2021 Lokasi : Sabak Bernam Pegawai Penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Cawangan Sabak Bernam telah menjalankan siasatan aduan pembakaran terbuka di Ambang Suria, Puncak Alam susulan aduan daripada orang awam. Siasatan dijalankan dan mendapati terdapat kerja-kerja pembersihan tanah sedang dijalankan. Terdapat kesan pembakaran sisa pokok daripada aktiviti tersebut. Amaran larangan pembakaran terbuka secara lisan telah diberikan dan kain rentang larangan melakukan pembakaran terbuka telah digantung di kawasan tersebut. JAS Cawangan Sabak Bernam akan melakukan pemantauan dari semasa ke semasa. Rondaan pencegahan pencemaran dan pembakaran terbuka juga telah dijalankan di Taman Industri Alam Jaya, Puncak Alam. Tiada sebarang aktiviti pembakaran terbuka ditemui di sekitar kawasan rondaan. JAS Selangor berharap orang ramai dapat melaporkan kes-kes pencemaran kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS) di talian bebas tol :1-800-88-2727 atau melalui e-aduan di [email protected]. Orang ramai juga boleh melaporkan kes-kes yang melibatkan pembakaran terbuka kepada Jabatan BOMBA dan Penyelamat di talian 999 atau talian bebas tol 1-800-88-994 dan SMS 03-88880964

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan