Penerangan
TARIKH : 20/11/2021 (AHAD)
MASA : 10.45am – 4.45 pm
LOKASI RONDAAN: KOTA WARISAN, MAHKOTA INDUSTRIAL PARK, JENJAROM, KAW PERINDUSTRIAN TELOK PANGLIMA GARANG, KAW PERUSAHAAN SUNGAI SEDU
1. SIASATAN ADUAN BUANGAN SAMPAH HARAM DI JENJAROM
Agensi Terlibat :
JAS, MPKL ( PENGUATKUASA), KDEB, KETUA KG JENJAROM, AHLI MAJLIS MPP ZON 9,
Aduan buangan sampah haram telah lama dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab di tanah tersebut. Pemunya tanah juga telah beberapa kali membuat aduan ke MPKL dan Siasatan bersepadu bersama agensi terlibat bersama pemunya tanah mendapati aduan sampah haram tersebut adalah berasas dan pemunya tanah telah mengetahui orang yang terlibat.
Cerapan Log Lat dilokasi telah dilakukan.
Perbincangan di lapangan bersama semua pihak memutuskan bahawa orang yang telah dikenalpasti tersebut akan membawa keluar semula sampah haram tersebut (construction waste) dengan kadar segera dan Pihak MPKL (Penguatkuasa) juga telah memberikan arahan di lapangan.
-Tiada sebarang pembakaran terbuka dikesan semasa siasatan. Pihak JAS akan mengambil maklum tentang kes ini dan akan membuat pemantauan berterusan dikawasan tersebut agar tiada pembakaran terbuka dilakukan.
Rondaan dan pemantauan dilakukan di kawasan yang berpotensi berlakunya pencemaran. Pemerhatian dibuat ke atas pelepasan asap hitam cerobong, pelepasan effluen dan pembakaran terbuka