Penerangan
??????????? *KUNJUNGAN HORMAT SECARA MAYA OLEH ECOOILS SDN. BHD. DENGAN PENGARAH JAS NEGERI SABAH* ???????????
?? Tarikh: 23 November 2021 (Selasa)
? Masa: 3.00 – 4.15 petang
?? Tempat: Secara Atas Talian (Google Meet)
Kehadiran JAS Sabah :
1) Pgh En. Amirul Aripin
2) TP John Rampai
3) KPP Yaras Hj. Yusup
4) KC Siti Nor Aisah Abdul Razak
5) PP Zulfifitriah Surdi
6) PP Mohd Fauzi Mahmud
???? EcoOils Sdn. Bhd. yang diwakili oleh Datuk Seri Nadzri Yahaya, Datuk John Maluda, dan En. Anbanathan Shanmugam membuat kunjungan hormat secara maya dengan Tuan Pengarah JAS Sabah.
??Pihak EcoOils telah membentangkan proses-proses pengekstrakan minyak daripada SBE yang terlibat di premis di Lahad Datu yang membawa kepada penghasilan produk eco-Processed Pozzolan (ePP).
??Pihak EcoOils juga menyatakan kebimbangan mengenai impak jangka panjang pembuangan residue DOBE di atas tanah kerana kehadiran Hexane dalam residue berkenaan dan memohon pandangan JAS Sabah mengenai status DOBE berkenaan yang tidak dikategorikan sebagai BT.
??Pihak JAS Sabah memaklumkan, berdasarkan ketetapan terkini yang dibuat oleh JAS IP melalui Bahagian BB semasa mesyuarat JK Teknikal Bahan Berbahaya pada 31 Julai 2018 dan surat yang dikeluarkan kepada pihak EcoOils bertarikh 27 Mei 2019, SBE tidak dikategorikan sebagai BT dan aktiviti pelupusan DOBE & ePP tidak tertakluk di bawah AKAS 1974 & Peraturan2 di bawahnya.
??JAS sedia menerima sebarang maklumat terkini berkaitan justifikasi DOBE boleh dikategori sebagai BT dan JAS tiada masalah merujuk semula ke JAS Putrajaya untuk nasihat.