Penerangan
?? *KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA PENTAS FLORA GROUP KE JAS NEGERI SABAH*
?? Tarikh: 23 November 2021 (Selasa)
? Masa: 9.30 pagi– 10.50 pagi
?? Tempat: Bilik Sipadan, JAS Negeri Sabah
Kehadiran JAS Sabah :
1) En. Amirul Aripin (Pengarah)
2) Puan Mardianah Aliska
????Pentas Flora Group (PF) yang diwakili oleh En. Chiau Shis Sun (Ketua Projek Khas) dan En. Henry Tan (Ketua Perhubungan Korporat) membuat kunjungan hormat ke JAS Sabah.
??PF juga telah memaklumkan perancangan syarikat tersebut bagi membina sebuah Kemudahan Pemerolehan Kembali bagi buangan terjadual berasaskan minyak dan 3 buah Kemudahan Penstoran Luar Tapak Buangan Tejadual di Sandakan, Tawau dan Kota Kinabalu.
??JAS Sabah mengalu-alukan hasrat PF tersebut memandangkan buangan terjadual berasaskan minyak semakin banyak dihasilkan di negeri Sabah dan kewujudan kemudahan tersebut di negeri Sabah akan dapat mengurangkan kos penghantaran ke Semenanjung.
??Semasa lawatan ini juga pihak PF telah menyumbangkan Covid 19 Self test kit dan kalendar kepada JAS Sabah sebagai salah satu aktiviti CSR mereka.
Sekian, harap maklum.
Disediakan oleh:
PK(K) MAA
23 November 2021