Penerangan
15 November 2021, Pengkalan Chepa, Kelantan - LAWATAN KE PREMIS AIN MEDICARE SDN BHD
Satu lawatan telah diadakan ke premis Ain Medicare Sdn Bhd di Kawasan Perindustrian Pengkalan Chepa 2, Kota Bharu, Kelantan. Lawatan tersebut adalah bertujuan untuk mengadakan satu sesi perbincangan berkenaan isu-isu berkaitan dengan pematuhan perundangan Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974 khususnya di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014. Turut hadir dari JAS Kelantan adalah En. Wandi Yadzid bin Hj Yaakob, Pengarah JAS Kelantan beserta pegawai-pegawai lain iaitu En. Mohd Ridhuwan bin Ramli, En. Wan Isharuddin bin Wan Ismail dan Pn. Syawaitul Azrian bt Azmi. Rombongan dari JAS Kelantan turut disambut oleh En. Redzuwan bin Saari (Chief Executive Officer), Tn. Haji Mohd Yusof bin Abdul Rahman (Chief Operating Officer) dan juga beberapa orang pegawai-pegawai lain dari Ain Medicare Sdn Bhd.