Penerangan
Pasir Gudang,15 November 2021 : Pegawai JASNJ telah menjalankan pemeriksaan ke atas tiga (3) premis yang ditetapkan buangan terjadual di Kawasan Perindustrian Pasir Gudang , Johor. Hasil pemeriksaan mendapati premis gagal mematuhi Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005. Kompaun sejumlah RM 32,000 telah dikeluarkan bagi kesalahan-kesalahan tersebut.
Pihak industri diingatkan untuk sentiasa mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya.