Penerangan
Ulu Sungai Johor, 15 November 2021: JAS Cawangan Pengerang telah menjalankan penguatkuasaan dan pemantauan pencemaran daripada aktiviti perindustrian bagi memastikan pematuhan sepenuhnya terhadap Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya. Selain itu, pemantauan SOP di bawah Akta 342 turut dijalankan.
Hasil penguatkuasaan dan pemantauan mendapati terdapat penambahbaikan yang perlu diambil oleh premis bagi mengelakkan pencemaran berlaku ke kawasan sekeliling. Arahan lapangan telah diberikan untuk tujuan tersebut. Persampelan efluen juga telah dibuat dan dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia untuk dianalisa.
Jabatan ingin menyeru semua premis industri yang beroperasi untuk tidak menyebabkan berlakunya pencemaran.