Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- 11th International Conference on Heart of Borneo bertemakan "HOB Initiative - Moving Forward in the New Norm
- Tahun
- 2021
- Tarikh Keluaran
- 17/11/2021
- Organisasi
- DOE Sabah
- Lokasi
- Sabah>KOTA KINABALU
Penerangan
11th International Conference on Heart of Borneo bertemakan "HOB Initiative - Moving Forward in the New Norm" Anjuran Jabatan Perhutanan Sabah ????????
Persidangan Antarabangsa HoB yang pertama secara maya: 'Inisiatif HoB - Melangkah ke Hadapan dalam Norma Baharu' telah diadakan pada 9 - 10 November 2021 dan Tuan Amirul Aripin, Pengarah JAS Negeri Sabah telah hadir secara maya mewakili Jabatan.
1,077 peserta yang berdaftar daripada 428 organisasi dan 18 negara telah menyertai persidangan secara maya ini.
Persidangan ini telah dirasmikan oleh Ketua Menteri Sabah dan beliau memaklumkan bahawa Kerajaan negeri akan memperluaskan jumlah Kawasan Dilindungi Sepenuhnya (TPA) di bawah inisiatif Heart of Borneo (HoB) yang meliputi 30 peratus keluasan negeri ini menjelang tahun 2025
Peranan JAS dalam Initiatif HoB ini adalah melalui penguatkuasaan ke atas operasi industri berpotensi mencemar sungai n udara yang beroperasi di dalam kawasan Heart Of Borneo.
#HoB2021
#sabahmajujaya
#jassabah_nov2021