Penerangan
Peperiksaan Perkhidmatan bagi Pegawai Kawalan Alam Sekitar (PKAS) Gred C41 Dan Penolong Pegawai Kawalan Alam Sekitar (PPKAS) Gred C29 Bilangan 2 Tahun 2021
Tarikh : 8-9 November 2021
Masa : 9.30 Pagi – 12.30 Tengah hari
Pada 8 dan 9 November 2021 telah berlangsung Peperiksaan Perkhidmatan bagi Pegawai Kawalan Alam Sekitar (PKAS) Gred C41 Dan Penolong Pegawai Kawalan Alam Sekitar (PPKAS) Gred C29 Bilangan 2 Tahun 2021. Peperiksaan ini melibatkan pegawai dari jawatan PKAS Gred C41 seramai 33 orang calon dan PPKAS Gred C29 seramai 40 orang calon dari seluruh negeri.
Peperiksaan ini berlangsung secara serentak di seluruh negeri. Negeri terlibat adalah Kedah, Pulau Pinang, Melaka, Negeri Sembilan, Johor, Selangor, Terengganu, Pahang, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Labuan dan juga Ibu Pejabat JAS Putrajaya
Jabatan mengucapkan Selamat Maju Jaya kepada semua calon yang menduduki peperiksaan tersebut.