Penerangan
8 November 2021, Kubang Pasu, Kedah
Bertindak atas aduan orang awam, pegawai-pegawai JAS Negeri Kedah telah menjalankan siasatan di kawasan tasik berdekatan Taman Tengku Sarina.
Hasil siasatan mendapati tiada tompokan minyak seperti yang diadu semasa siasatan. Sampel air juga telah diambil bagi memastikan status kualiti air di kawasan tersebut dan telah dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisa.
Pemantauan bagi menjejaki kemungkinan terdapat tumpahan minyak telah dilakukan di kawasan longkang awam di taman tersebut. Penelitian mendapati tidak menemui sebarang kesan di seluruh kawasan taman tersebut.
Pemantauan akan diteruskan dari masa ke semasa bagi mengenalpasti punca sebenar aduan tersebut.