Penerangan
8 November 2021, MANJUNG – Pegawai Seksyen EIA Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak telah menjalankan lawatan tapak cadangan laporan EIA bagi permohonan ladang solar di Sitiawan pada hari ini.
Lawatan tapak ini turut dihadiri oleh penggerak dan jururunding alam sekitar yang dijalankan dengan tujuan untuk melihat sendiri keadaan semasa tapak, kawasan guna tanah sekeliling, dan mengenalpasti punca-punca pencemaran yang berpotensi berlaku kepada reseptor terdekat. Langkah ini penting bagi JAS untuk menilai semua aspek penting sebelum membuat keputusan Laporan EIA ini.
Lawatan tapak dijalankan mengikut SOP MKN dan KKM.